Ali datang tepat pada pukul 11.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat dan pada pukul 5 petang pada hari Sabtu di pusat pengedaran kami di Jalan Imbi. Wajah Ali, seorang lelaki berumur kira-kira 75 tahun, dikenali di Kechara Soup Kitchen sejak dua tahun lalu. Dia beratur dengan sabar, tetapi dengan kerutan dahi yang kelihatan kekal. Matanya terbuka luas untuk merenung sesiapa sahaja yang memandang ke arahnya. Bukan merenung dengan bahaya atau marah. Hanya memerhati, dengan teliti.
Kechara Soup Kitchen berkhidmat untuk masyarakat terpinggir sejak 13 tahun yang lalu, termasuk golongan gelandangan, miskin bandar, dan penduduk Orang Asli. Bergiat kearah mengurangkan bilangan gelandangan, kelaparan, kemiskinan, pembaziran makanan dan kualiti hidup yang lebih baik, para sukarelawan di Kechara Soup Kitchen bekerja enam hari seminggu untuk menyajikan hidangan tengah hari yang seimbang kepada 120 tetamu mereka yang datang setiap hari .
Justin Cheah, Pengarah Operasi di KSK, berkata, “Kami bernasib baik kerana mempunyai sukarelawan yang mencukupi. Walaupun dalam masa yang sukar, kami bekerjasama dengan penjawat awam yang telah bersara, golongan muda yang mempunyai semangat untuk berbakti, dan mereka yang ingin bekerja, salah satu langkah bagi mereka untuk keluar daripada belenggu gelandangan.” Tetapi seperti mana-mana perniagaan lain yang terjejas akibat pandemik ini, KSK telah menghadapi beberapa cabaran sejak awal 2020.
Dengan peningkatan jumlah orang yang perlukan bantuan berbanding sebelum ini, dan kekurangan sumbangan sejak pandemik awal tahun lepas, KSK semakin tertekan.
There are about 9,500 others like Ali who have registered with KSK, and 143 single mothers and at-risk women who seek help to upskill themselves through the empowerment programme.
Krishnan yang menguruskan program pengagihan makanan dan merupakan seorang yang peramah telah mendapat perhatian Ali. Pada suatu hari yang lapang, Krishnan telah memulakan perbualan dengan Ali.
""Apa khabar tuan? Ada apa-apa lagi yang saya boleh dapatkan untuk anda?” tanya Krishnan. Air muka Ali tidak berubah. Krishnan menganggap Ali tidak dengar dan mengulangi soalan itu dengan kuat sedikit.
Ali mengangkat dua jari. “Boleh bagi saya dua paket? Satu untuk makan kemudian,” jawab Ali. Perbualan ini masih di dalam Bahasa Melayu.
“Tentu boleh!” jawab Krishnan. Lagipun, tidak ramai orang hari ini dan ada beberapa paket yang lebih. Krishnan gembira dapat melakukan sesuatu yang kecil untuk Ali. Lebih-lebih lagi wajah Ali mula menjadi lembut. Matanya tidak begitu sengit. Ali masih tidak tersenyum, tetapi itu tidak mengapa.
Ali kemudian meluangkan masa beberapa minit seterusnya berkongsi punca kesedihan yang terserlah melalui mata dan bibirnya.
Kisah Ali yang diabaikan oleh anak-anaknya selepas kematian isterinya bukanlah satu perkara baru. Terdapat ratusan, jika bukan beribu-ribu, seperti Ali. Kisah-kisah ini mungkin tidak semuanya sama, tetapi mereka berkongsi satu persamaan iaitu pengabaian, ketidakpedulian dan serba kekurangan.
Demi merapatkan jurang ini, dan untuk terus dapat membantu individu seperti Ali, Vettons, penyedia teknologi dan ekosistem digital, menawarkan pakej prihatin serendah RM50 melalui aplikasi mereka untuk membantu dalam membekal keperluan asas. Dari beras dan minuman malt coklat ke pes nasi lemak dan santan, pakej prihatin ini mengandungi bahan makanan asas berjenama dan popular.
Ketika Ali beredar dengan kedua-dua paket makanan di tangannya, kelihatan senyuman di wajahnya, kata Krishnan.
Kehidupan adalah cukup sukar, ia tidak seharusnya lebih sukar buat Ali dan individu seperti dia. Walaupun Krishnan telah berkhidmat di KSK hampir dua tahun, dia masih tertarik dengan detik-detik kecil sedemikian, hanya beberapa minit, di mana kehidupan sebenar dikongsi melalui tingkap pengagihan di KSK.
Berikan senyuman kepada mereka yang wajar menerimanya. Muat turun aplikasi Vettons di Google Play atau Apple Playstore, cari Pakej CARE dan pilih Kechara Soup Kitchen sebelum membuat pembayaran." Muat turun aplikasi. Vettons di Google Play atau Apple Playstore, cari CARE Package dan pilih Kechara Soup Kitchen sebelum buat pembayaran.